Ya, saya benci lampu isyarat. Nak tahu kenapa? Sebab lampu isyarat tu buat saya berdebar-debar. Saya ternanti-nanti bila lampu merah tukar jadi hijau, lampu kuning tukar jadi merah dan lampu hijau tukar jadi merah. Membuatkan saya teragak-agak untuk meneruskan perjalanan. Dan kenapa semua jalan raya tidak dibina lurus sahaja? Kan senang untuk saya memandu terutama sekali apabila sudah menjadi pemandu rasmi buat adik-adik untuk ke sekolah mahupun ke pusat tuisyen. Jalan yang bengkang-bengkok akan membuatkan saya seperti gusar untuk membelok sebanyak berapa degree dan membuatkan saya gelabah. Oleh sebab itu, tadi saya hampir-hampir berlanggar dengan sebuah lori besar dan ini menambahkan trauma saya untuk memandu. Aduhai, bila besar nanti saya nak jadi Menteri Kerja Raya lahh. Lagi senang. HAHA, :DD
No comments:
Post a Comment